Thursday, January 4, 2018

Bottom Bracket (BB) Paling Penting Untuk Kayuhan


Apakah komponen yang paling penting bagi mendapat kayuhan terbaik?
A. Frame
B. Hub
C. Bottom Bracket
D. Wheel Set

Jawapan semuanya betul. Jika tanya saya yang amatur ni komponen apa yang paling penting untuk tingkatkan prestasi kayuhan, saya akan memilih jawapan C. Bottom Bracket.


Bottom Bracket atau singkatan BB merupakan komponen utama kelancaran kayuhan anda. Bahasa mudah, secara asas ada 2 jenis BB, 1) Square Taper (ada shaft sebatang), 2) Cartridge (hollow/berlubang). Square Taper biasa bagi basikal lama atau basikal budak dengan kecekapan yang biasa-biasa je. Untuk lebih serius dalam MTB kena guna jenis Cartridge atau biasa orang panggil hollow.

1) Square Taper 

 
2) Cartridge/hollow brand Shimano 

BB hollow ada jenis sealed bearing biasa thread-fit dan press-fit. Ada jenis bearing besi dan ada jenis ceramic. Jika nak lebih lancar, jalan on road, nak main top speed, kurang main off road, boleh ambil jenis ceramic. Memang banyak beza dari segi kayuhan dan kecekapan kayuhan. Tapi jika kuat main off road baik guna BB hollow yang biasa sebab ceramic ni tak tahan pasir.

Jika kuat main off road, basikal kena selalu hantar service, bersihkan segala pasir dan lumpur yang masuk ke body. Dikhuatiri lama-lama masuk dalam bearing BB abis jahanam.

Harga BB bergantung pada jenama. Yang mahal boleh cuba brand Crist King, SRAM atau Hope (RM500 - RM1000++). Yang average boleh cuba brand Cema, Alero, Aerozine, Koozer (bergantung pada model) harga antara RM250 - RM450. Yang biasa2 boleh cuba brand China yang lain (RM150 - RM200). Walaupun ianya sama ceramic, BB branded atau cap ayam tapi kualiti ada beza. Kejituan ball bearing tu akan membezakan kualiti BB tersebut.

 
3) Cartridge/hollow brand Cema

 
4) Cartridge/hollow brand Chris King

Saya dah cuba sendiri perbandingan BB hollow standard biasa jenama Shimano dengan ceramic BB hollow brand biasa-biasa. Jika basikal dengan BB Shimano biasa speed biasa saya bawa 25, 26 km/j peha cepat penat, tapi bila guna ceramic BB saya boleh maintain 30 km/j dan peha tidak penat.

Pastikan anda mendapatkan khidmat nasihat yang professional sebelum beli BB baru.

Ni video perbandingan BB standard vs BB ceramic:



Ni pulak video ceramic bearing vs normal bearing:



5 comments:

  1. perbandingan bb chris king, kogel dan cema... mnta pnjelasan

    ReplyDelete
  2. Ceramic wishbone boleh pakai rak

    ReplyDelete
  3. Kalau mtb saya 1x12 speed, sesuaika juga tukar bb ceramic..?

    ReplyDelete
  4. Size BB 24 ......yg mana bagus kalau nak beli bearing saja

    ReplyDelete
  5. Kalau RB pakai pully 13T/18T...adakah rasa berat semasa kayuh jalan rata atau apa kebaikannya

    ReplyDelete