Sunday, August 23, 2015

Rutin Laluan Trek Basikal


Kampung Payoh berada dalam daerah Kemaman mempunyai lanskap mukabumi yang berbukit. Lebih kurang 80% kawan sekitar termasuk Semanyor, Ayir Jernih, Meraga Beris, Bukit Teruna, Bukit Anak Dara, Seri Bandi merupakan hutan, kebun persendirian dan kebun kelapa sawit. Trek laluan kawasan ini merangkumi kawasan ladang kelapa sawit, hutan, jalan berturap dan laluan paip gas.

Jeram Penitih Challange 2015


Kerinduan untuk ke Jeram Penitih semakin membara kerana kali terakhir mengadakan program ke Jeram Penitih adalah pada tahun 2012. Tapi pada episod kali ini lebih menarik kerana penyertaan peserta berbasikal lebih ramai berbanding sebelum ini.

Jeram Penitih Challange 2012




Cabaran berbasikal ke Jeram Penith yang pertama bagi ADTEC Kemaman adalah pada 2012. Pada masa ini ABC belum lagi ditubuhkan dan hanya 2 buah basikal sahaja yang terlibat. Yang lain semua jadi marshal. Lebih ramai marshal berbanding berbasikal.

ABC


ABC bermaksud ADTEC Bicycle Club. Kelab basikal yang tidak berdaftar dan ditubuhkan hanya untuk kegiatan berbasikal kakitangan serta keluarga ADTEC Kemaman secara santai sahaja. Nama kelab ini diberi oleh mantan pengerusi Kelab Kebajikan dan Sukan ADTEC Kemaman, En. Nuzi. Tiada yuran keahlian dikenakan, tiada borang perlu diisi, hanya sekadar ada basikal dan mempunyai masa untuk beriadah.