Kerinduan untuk ke Jeram Penitih semakin membara kerana kali terakhir mengadakan program ke Jeram Penitih adalah pada tahun 2012. Tapi pada episod kali ini lebih menarik kerana penyertaan peserta berbasikal lebih ramai berbanding sebelum ini.
Route berbasikal sepanjang 30km++ pergi dan balik ini sangat menarik yang mana menglibatkan 2 kampung iaitu Kampung Payoh dan Seri Bandi yang merangkumi jalan berturap 5km++, ladang sawit 8km++, dan hutan simpan Jeram Penitih 2km+- (jaraksehala).
Kayuhan pastinya mencabar dengan merentasi bukit bukit disamping jalan yang berbatu crusher run di setiap bukit dalam ladang kelapa sawit.
11 orang peserta pada edisi kali ini.
Pit stop pertama selepas 5km++ sebelum memasuki kawasan ladang.
Sebahagian marshal bermotorsikal.
Pit stop Jeram Penitih.
Berekor-ekor ikan keli disantap setiap peserta.
Keli bakar daun ... apa ntah yang sungguh menyelerakan.
Kekenyangan yang bersandarkan alam semula jadi
Beberapa buah basikal yang kecundang mengalami kerosakan.
No comments:
Post a Comment