Sunday, August 23, 2015

Rutin Laluan Trek Basikal


Kampung Payoh berada dalam daerah Kemaman mempunyai lanskap mukabumi yang berbukit. Lebih kurang 80% kawan sekitar termasuk Semanyor, Ayir Jernih, Meraga Beris, Bukit Teruna, Bukit Anak Dara, Seri Bandi merupakan hutan, kebun persendirian dan kebun kelapa sawit. Trek laluan kawasan ini merangkumi kawasan ladang kelapa sawit, hutan, jalan berturap dan laluan paip gas.



Laluan trek basikal di kawan ini ada banyak dan terpulang kepada rider. Rutin kami adalah 2 ke 3 kali seminggu bermula jam 5.30 petang sehingga 7.00 petang. Panjang trek tidak menentu, antara 10-15km sahaja untuk tempoh masa lebih kurang 1 jam 30 minit. Kayuhan merupakan kayuhan santai sahaja, bukan berlumba. Lebih kepada release tension dan mengekalkan stamina sahaja. Dan sesuai kepada beginner rider. Jika hujung minggu (Sabtu) jarak kayuhan akan bertambah menjadi 20-30km.

 





 
Laluan paip gas petronas
 




 
Jambatan kereta api tinggal.
 





No comments:

Post a Comment