Thursday, January 11, 2018

Hub 'Bising' Yang Merdu


Terdapat 4 komponen utama yang membantu kuasa kayuhan anda. 1) Bottom Bracket (BB), 2) Hub, 3) Pulley, 4) Rantai. Kuasa kayuhan kaki anda akan beralih ke BB, melalui pulley dengan menggunakan rantai dan memutarkan hub. Hub 'bising' mempunyai kelebihan tersendiri yang mana mampu meningkatkan kadar pusingan roda. Ia menggunakan 'pedal' yang unik di dalam hub yang tidak hanya bergantung pada ball bearing semata-mata bagi memutarkan roda. 'Pedal' ini akan menolak hub dan membuat roda berputar lebih pusingan dari hub biasa.

Terdapat banyak hub 'bising' after market di pasaran. Branded seperti Chris King dan Hope sememangnya yang terbaik mengikut kelas yang tersendiri. Brand lain yang mampu milik ada banyak dan kebanyakannya mempunyai kualiti yang lebih kurang sama. Setiap barang ada ware & tare, bila sampai masa barang yang pakai pada mulanya sedap akan drop performance juga.

Pilihan hub pada harga pertengahan adalah sangat releven. Yang terbaik harga RM500 ke atas, pertengahan harga RM250 - RM450, yang murah dalam RM150 - RM250. Kualiti berbanding best pakai di basikal sangat subjektif. Susah nak tentukan sendiri mana yang baik mana yang biasa. Kena dapatkan khidmat nasihat dan recommendation mekanik atau juga testimoni cyclist yang telah menggunakan produk tersebut.

Nak survey hub kat sini: bicyclebuy&sell

Layan video bunyi hub macam bunyi F1:

 


Ni video perbandingan 2 brand pada class tersendiri:

 


No comments:

Post a Comment