Wednesday, January 17, 2018

Servis Basikal Kembalikan Prestasi


Mencuci basikal sahaja tidak mencukupi kerana ia hanya membersih secara luaran sahaja. Bahagian yang penting tidak dicuci boleh mengakibatkan performance basikal drop sehinggakan boleh mengakibatkan part pada basikal rosak. Servis basikal perlu dilakukan dengan kerap lebih-lebih lagi setelah digunakan dengan lasak.


Bahagian penting bagi kayuhan seperti Bottom Bracket (BB), Hub, pulley, cassette dan rantai perlu dipastikan sentiasa dijaga dengan rapi kerana memberi kesan kepada kayuhan anda seterusnya.

Tahi minyak yang melekat pada pulley, rantai dan cassette disebabkan gris yang melekat bersama debu perlu dicuci dengan pencuci degreasing khas. Pulley, rantai dan cassette perlu diberi pelincir yang bersesuaian dan tidak meletakan minyak sembarangan kerana ia hanya akan merosakkan rantai.

BB dan hub perlu dibuka untuk dibersihkan. Selepas menggunakan basikal pada aktiviti lasak, masuk lumpur, masuk sungai. Pasir akan masuk ke delam BB dan merosakkan bearing. Bearing perlu diberi grease semula.

Hantar servis di kedai yang anda yakin dan menjaga kualiti supaya tidak kecewa. Ada kenalan saya rosak basikal kerana mekanik terlupa ketatkan cassette.

Servis basikal juga boleh dilakukan sendiri dengan membeli peralatan special tools. Jika hantar kedai charge servis dalam RM80.

Di Kemaman saya saran hantar servis di ROUTE 50. Servis terbaik, peralatan yang digunakan branded (Park tools), mekanik juga ada basikal dan kayuh, boleh dapatkan khidmat nasihat percuma, setting gear dan break terbaik. Memang puas hati hantar sini. Kedai dia penuh dengan basikal orang hantar servis lebih-lebih lagi lepas Jamboree. Nak berjalan dalam kedai pon payah. Sempit banyak basikal orang hantar. PR owner pon bagus.

Ni video servis hub:

Ni video servis BB:

Ni video servis rantai:

1 comment:

  1. salam tuan man. maaf saya pm di blog ni. sy dalam perancangan membina rumah utk orang tua saya. saya mengikuti blog tuan http://pengalamanbinarumahsendiri.blogspot.my. Mohon jasa baik emailkan saya excel list barang ke noorhakimbasri@gmail.com. Terima kasih

    ReplyDelete