Friday, January 5, 2018

Trek Latihan TSG Sg. Chomo



Tiada kata-kata yang dapat diungkap apabila berjaya menawan puncak bukit bagi seorang amatur seperti saya. Sg. Chomo merupakan trek On Road yang sangat mencabar bagi newbie macam saya. Anggaran jarak trek adalah 8 km satu hala bermula dari kaki bukit. Menaiki jalan berbukit yang agak curam sepanjang 6 km tanpa henti walaupun ada ketika landai. dengan kelajuan antara 4, 6 km/j sahaja yang termampu bagi penunggang amatur.



 
Kayuhan start dan berakhir di ABM Kuala berang (50 km++) 

Cyclist tempatan kata sini adalah lesen basikal Terengganu (sembang je). Sebab trek ini dikatakan menjadi trek latihan pasukan cyclist TSG di Terengganu. Jika boleh tahan, lepas trek ni pergi dan balik maka dapat lesen. 2 km selepas sampai puncak menuju Tasik Kenyir merupakan jalan turun bukit yang curam. Kelajuan basikal boleh mencecah 72 km/j.

Kepuasan tidak terungkap dengan kata-kata..tapi boleh je kata trek ni memang best. Ada amatur yang tak sanggup lalui jalan ni untuk kali ke dua tetapi bagi saya..saya sanggup.


Saya telah mencuba trek ni sebelum ini tanpa persediaan dan hanya sampai separuh jalan. Masa ketika pertama kali itu hari sudah petang dan terpaksa berpatah balik kerena sudah nak gelap.

Jika anda bernasib baik anda akan terserempak dengan habitat liar kawasan ini. Sepanjang team kami menyelusuri trek ini telah ternampak sekawan gajah di hutan tepi jalan dan kucing hutan melintas jalan.

Jika 2 km sebelum sampai Tasik Kenyir boleh dapat kelajuan 72 km/j, cuba bayangkan pendakian semasa patah balik. Aduhhh..

Anda harus letak trek ni dalam bucket list..mesti cuba..

No comments:

Post a Comment