Saturday, January 6, 2018

Tips Upgrade Wheel Set


Wheel set biasanya dinaik taraf bagi mengurangkan berat dan membantu melancarkan lagi pusingan roda. Bagi kelancaran pusingan, hub yang perlu dinaiktaraf. Tidak sah jika upgrade wheel set tanpa upgrade hub. Beza berat wheel set biasa berbanding after market biasanya melebihi 1 kg.

Upgrade wheel set perlu bajet yang agak kasar. Kos upgrade wheel set pada basikal saya adalah RM1580. Jika orang yang tak faham akan kata boleh dapat basikal baru satu lagi. Berat basikal saya dapat dikurankan sebanyak 1.14 kg.

Spesifikasi wheel set yang dinaiktaraf seperti berikut:
Tayar: Specialized Fast Trak 2.0 S-Works Tubeless
Rim: ZTR Crest MK3
Spoke: Sapim
Hub: XB pro Metalmax



 


Ada banyak wheel set after market yang terdapat di pasaran siap pasang dengan hub datang dari kilang. Lebih murah macam ni. Contohnya brand Prolite. Wheel set sekali hub RM650 + tayar  tubeless Schwable Roket Ron RM300 sepasang + tubeless kit RM50 + valve RM60. Anggaran RM1060.

Atau saya lebih suka gandingan wheel set brand ZTR Crest sekali hub Novatec D7 atau hub lain yg setara RM900 + tayar  tubeless Schwable Roket Ron RM300 sepasang + tubeless kit RM50 + valve RM60. Anggaran RM1310.

Nak survey wheel set boleh cari kat sini: bicyclebuy&sell

Rim ZTR specialist buat rim sahaja. Dia tak buat part lain pada basikal. Itu yang istimewa. Tayar brand Specialized adalah tayar paling ringan dalam kelasnya dan bersaiz 2.0.

Saiz tayar asal dan frame adalah 26". Wheel set dinaiktaraf ke saiz 27.5". Fork juga tak tukar. Boleh muat tapi rapat. Fork juga boleh ditukar ke saiz 27.5 untuk dapatkan gap lebih antara tayar dan fork.

 


No comments:

Post a Comment