Wednesday, April 24, 2013

MTB XDS ZERO 39


Inilah dia basikal milik En. Bos. Dia beli sekadar suka-suka. Overall spec sesuai untuk berrekeriasi. Untuk yang tak main off road sangat, basikal jenis ini sangat sesuai. Kalau baru harga boleh dapat dalam RM950-RM1100; boleh survey di mudah.my atau buybicycle.com. Saya dimaklumkan basikal ini dibeli 2nd hand pada harga RM800. Owner sebelum ni kata dia beli basikal ini pada harga RM1500++. Basikal ni asalnya dari Labuan. Sudah pernah sampai Kota Kinabalu. Sebab Owner lama jual adalah sebab sudah beli basikal baru yang lagi power.

Saturday, April 13, 2013

DISC BRAKE BASIKAL SANGKUT-SANGKUT

Gejala brek dis sangkut-sangkut dengan brek pad ini juga dipanggil 'Brake Rubbing'. Keadaan ini biasanya berlaku selepas tukar tayar, disc bengkok, atau pertama kali pasang tayar atau anda sendiri pon tak tau macam mana boleh jadi...tapi bila dah jadi kenalah betulkan supaya disc tak makan pad, dan basikal menjadi berat kerana pusingan rim tidak lancar.

Setting brek disc sangkut:
Jika anda rasa disc banyak sangkut pada pad bermakna anda perlu setting semula kedudukan brek.
Caranya seperti berikut:

SUNDING BICYCLE COMPUTER

Bicycle computer ada komponen aksesori yang sangat penting bagi yang serius berbasikal. Bagi saya fungsi yang paling penting pada bicycle computer adalah meter kelajuan dan meter jarak (odo meter). Adalah penting bagi saya mengetahui kelajuan basikal yang saya bawa supaya saya boleh kawal kelajuan secara tak langsung mengurangkan keletihan; selain itu jarak perjalanan dapat direkod dan kita boleh meletakkan sasaran kita untuk berkayuh seberapa jauh.

PRESTA VALVE ADAPTER

Kebanyakan tayar MTB menggunakan tiub tayar yang megguna presta valve. Setiap orang yang menggunanya wajib ada presta valve adapter. Murah je dan mampu milik. Hanya lebih kurang RM2 ke RM3 je..dan mungkin juga boleh dapat free kalau pandai sembang dengan tokei kedai.

Friday, April 12, 2013

BASIKAL HYBRID

Antara satu sebab saya suka MTB ni adalah boleh menjadi basikal hybrid...

MENGENAL GROUP SET MTB DERAILLEUR GEARS SHIMANO

Di malaysia, jenama Shimano sangat terkenal dengan sistem mekanikal atau gear samada untuk basikal, mesin gear joran atau yang lain-lain...selain shimano, jenama lain yang terkenal untuk gear basikal adalah SRAM...Jenama SRAM adalah jenama US dan lebih mahal...Shimano adalah buatan China atau Taiwan...biasanya keluaran Taiwan mahal sedikit...mungkin ada juga gear Shimano buatan Malaysia sebab mesin joran saya ada tengok buatan Malaysia.

Untuk ber'mountainbike'; Gear basikal untuk Shimano ni ada banyak jenis mengikut level dan tujuan penggunaan kita kerana ketahanan dan aspek mekanikal gear tu berbeza...

MTB POLYGON COZMIC CX 3.0

 
Jenama: POLYGON
Model: Cozmic CX 3.0 (tahun 2012)
Negara pembuat: Indonesia
Gear/Derailleur: Shimano Deore 30 speeds (belakang Shimano SLX)
Body: Alutech (Aluminium/Alloy)
Fork: Suntour lock out
Size: 16
Jenis 26er
Brake: Hydraulic Disc brand Tektro Draco
Tyre: KENDA
Seat/Saddle: SR Viper
Crank shaft: Shimano deore (jenis hollow)