Saturday, April 13, 2013

DISC BRAKE BASIKAL SANGKUT-SANGKUT

Gejala brek dis sangkut-sangkut dengan brek pad ini juga dipanggil 'Brake Rubbing'. Keadaan ini biasanya berlaku selepas tukar tayar, disc bengkok, atau pertama kali pasang tayar atau anda sendiri pon tak tau macam mana boleh jadi...tapi bila dah jadi kenalah betulkan supaya disc tak makan pad, dan basikal menjadi berat kerana pusingan rim tidak lancar.

Setting brek disc sangkut:
Jika anda rasa disc banyak sangkut pada pad bermakna anda perlu setting semula kedudukan brek.
Caranya seperti berikut:

(1) Longgarkan kedua-dua skru allen-key yang melekatkan brek pada body.


 

(2) Tekan brek tadi supaya brek pad berada pada kedudukan semasa brek. Sambil tekan, ketatkan semula skru allen-key tadi. Apabila dah ikat skru ketat baru boleh lepas brek.


Jika sudah setting tapi masih lagi sangkut sikit-sikit, ini bermakna disc anda bengkok.

Membaiki brek disc yang bengkok:
(1) Putarkan roda basikal pada keadaan free. Anda akan dengar bunyi sangku-sangkut tersebut.
(2) Dengan mengagak bahagian disc yang sangkut tadi, anda bagi tekanan pada disc supaya tempat bengkok tadi menjadi lurus. Lakukan sampai brek jadi ok.


(gunakan sarung tangan atau lapik kain ketika tekan disc untuk mengelakkan tangan sakit atau disc terlekat kesan minyak)

5 comments:

  1. Bagaimana membaiki brek .saya menolak ke depan dan belakang asyik break

    ReplyDelete
  2. Bagaimana membaiki brek .saya menolak ke depan dan belakang asyik break

    ReplyDelete
  3. Gud info.. Selasa masaalah basikal saya.kena time tukar brake pad baru.

    ReplyDelete
  4. Salam. Mcmna nk adjust disc brake belakang? Langsung tk cengkam.

    ReplyDelete
  5. Mungkin minyak brek basikal dah kering. Cuba buka skru pada kaliper brek

    ReplyDelete