Wednesday, April 24, 2013

MTB XDS ZERO 39


Inilah dia basikal milik En. Bos. Dia beli sekadar suka-suka. Overall spec sesuai untuk berrekeriasi. Untuk yang tak main off road sangat, basikal jenis ini sangat sesuai. Kalau baru harga boleh dapat dalam RM950-RM1100; boleh survey di mudah.my atau buybicycle.com. Saya dimaklumkan basikal ini dibeli 2nd hand pada harga RM800. Owner sebelum ni kata dia beli basikal ini pada harga RM1500++. Basikal ni asalnya dari Labuan. Sudah pernah sampai Kota Kinabalu. Sebab Owner lama jual adalah sebab sudah beli basikal baru yang lagi power.



XDS keluar banyak model basikal. Kalau masuk website XDS Australia, basikal yang ada kat Malaysia ni kebanyakannya takde kat tempat mereka. Mungkin dah di downgrade untuk pasaran Malaysia.

Selain XDS Zero 39, ada juga XDS Zero 38 yang memiliki spec yang saya kira sama sahaja. Tak tahu kenapa ada dua model berlainan. Kalau ada beza pon mungkin sangat minor.

Spec lebih kurang macam ni; Ultra light aluminium frame. Shimano altus 24 speeds. Tetro Draco hydraulic disk brake front and rear. Suntour look out fork.

Sama ada rangka body Ultralight atau Superlight, bagi saya lebih kurang je. Beza sekilo dua je. Kalau dah naik rasa lebih kurang sama je. Sebab accessories yang buat basikal tu jadi berat. Kalau nak ringan boleh servay body jenis carbon.

No comments:

Post a Comment