Sunding adalah jenama keluaran China yang saya rasa murah, mampu milik, berbaloi dan agak best. Walaupun ada jenama lain seperti Cateye, Sigma, Reebok, Garmin dan lain-lain lagi, jenama Sunding ini juga setanding produk yang lain. Walaupun jenama keluaran China tetapi kalau tak silap syarikat pengeluar ini telah dibeli oleh syarikat US/Eropah yang mana terkenal dengan bicycle computer ketika dahulu (maaf, saya tak ingat jenama apa)
Sunding model SD-548C adalah jenis wireless yang mana ada 2 bateri; satu di transmitter dan satu di receiver. Model ini ada 14 fungsi yang mana percayalah hanya 2 ke 3 fungsi je yang kita seriously guna, iaitu ODO meter/distance meter dan meter kelajuan. Model jenis yang saya guna ni tiada back light; dan saya rasa tidak perlu pon kerana saya kurang berkayuh malam. Kalau kayuh pun tempat yang banyak lampu jalan kerana taknak merbahayakan diri kayuh di tempat gelap.
Kebanyakan dan biasanya bicycle computer adalah kalis air. Anda akan terdengar bunyi bebuli seperti skru longgar ketika menggunakan alat ini. Bebuli tersebut adalah sensor yang menandakan ada pergerakan. Jika tiada pergerakan maka sistem akan auto off dan akan berfungsi seperti jam digital.
Ada juga model lain atau jenama lain yang miliki lebih banyak fungsi termasuk bacaan kalori serta ada yang punyai tambahan GPS. Kalau anda rasa perlu semua banyak-banyak fungsi tu maka terpulang la pada anda.
Apa-apa model atau jenama pon saya rasa mudah guna. Penggunaannya sama seperti guna jam tangan digital sahaja.
Saya beli alat ini di mudah.my pada harga RM35 je...murah la tu kalau nak dibanding jenama lain yang boleh mencecah RM50 hingga RM180 seunit (bergantung pada fungsi)...dari segi ketahanan, saya tak tahu samada tahan jatuh atau hentakan sebab alat ini sentiasa terlekat pada handle basikal...tiada sebab nak jatuh/hentak.
Pemasangan alat ini sangat mudah...hanya menggunakan cable tight dan letakkan di tempat yang bersesuaian pada basikal anda.
Berikut adalah gambar Sunding Bicycle Computer yang saya letak pada basikal saya:-
Description:
1. 24 hours time display
2. Detect instantaneous speed (0.0-99.9 KM/H),
3 of calculating the average speed
4 the maximum speed records
5.Total mileage ( 0.00 -999.99KM)
6 record one-way mileage
7.total time: 0:00:00-9:59:59
8. Manual stopwatch
9 24-hour system clock
10. Save electricity mode (display no signal automatically shut off)
11. Male/miles
Function:
1.SPD CURRENT SPEED
2.ODO ODOMETER
3.DST TRIP DISTANCE
4.MAX MAXIMUN SPEED
5.AVS AVAAGE SPEED
1.SPD CURRENT SPEED
2.ODO ODOMETER
3.DST TRIP DISTANCE
4.MAX MAXIMUN SPEED
5.AVS AVAAGE SPEED
6.TM ELASPED TIME
7.CLK CLOCK/(12H/24H)
8.SCAN
8.SCAN
9.“+”“-”COMPARATOR
10.SEETING SPEED SCALE(KM/M)
11.SEETING TYRE CIRCUMFERENCE
12.SEETING THE LAST VALUE OF ODOMETER
13.FREEZE FRAME MEMORY
14.AUTO ON/OFF
10.SEETING SPEED SCALE(KM/M)
11.SEETING TYRE CIRCUMFERENCE
12.SEETING THE LAST VALUE OF ODOMETER
13.FREEZE FRAME MEMORY
14.AUTO ON/OFF
Nak mintak nombor boleh tak sebab saya nak hantar gambar meter SunDING saya yg saya tak reti pakai
ReplyDelete