Friday, April 12, 2013

MTB POLYGON COZMIC CX 3.0

 
Jenama: POLYGON
Model: Cozmic CX 3.0 (tahun 2012)
Negara pembuat: Indonesia
Gear/Derailleur: Shimano Deore 30 speeds (belakang Shimano SLX)
Body: Alutech (Aluminium/Alloy)
Fork: Suntour lock out
Size: 16
Jenis 26er
Brake: Hydraulic Disc brand Tektro Draco
Tyre: KENDA
Seat/Saddle: SR Viper
Crank shaft: Shimano deore (jenis hollow)


MTB (mountain bike) Polygon Cozmic CX 3.0 merupakan basikal pertama saya setelah sekian lama meninggalkan alam berbasikal sejak zaman sekolah menengah (sehingga tingkatan 3)...sebab masa tingkatan 4 sudah masuk Sekolah Teknik Sg. Buloh...basikal dah diganti dengan motosikal...

Masa zama sekolah dulu saya pakai road bike...tapi biasanya orang kampong panggil basikal racing...

Disebabkan merasakan perut ni semakin kehadapan saban hari...maka saya membuat keputusan untuk memulakan hobi berbasikal je memandangkan salah seorang staf sini kata kalau main basikal confirm perut kempis...dan kata-kata itu telah dijadikan sebagai motivasi diri...

Kalau diikutkan, kira agak meng'invest' jugak la dengan basikal ni sebab harganya bukan murah bagi saya...dan memandangkan belum tentu lagi saya ni boleh gi dengan basikal...takut jadi macam orang lain, beli basikal ribu-ribu tapi tak larat nak kayuh atau takde masa atau bagi alasan "basikal bukan jiwa aku"...sebab tu kat mudah.my ada banyak basikal 2nd...

Pada asalnya saya nak beli basikal MTB jenis XDS  zero38 je sebab bajet memula lebih kurang RM1000 je...saya dah test XDS zero39 milik ketua jabatan saya dan rasanya ok la agaknya...dia beli basikal tu second hand RM800...dan saya taknak la sama model dengan dia...jadi bermulalah misi mencari basikal di mudah dan mengkaji serba sedikit tentang basikal di internet...

Selain itu saya juga pernah test ride basikal jenis Giant milik staf di sini...tapi tak tahu jenis apa...kalau nak compare dengan XDS tu rasa macam sama je...tapi kalau dah lama bawak baru tahu kenapa Giant harganya beribu-ribu lagi mahal dari XDS...

Amaran!!! dinasihati kepada anda yang nak beli basikal tu kalau boleh test ride dulu...tak semestinya yang mahal tu best dan sesuai dengan anda...

Apa yang kita perlu tahu tentang basikal ni??? Setelah membuat kajian, antara sebab kenapa harga basikal jadi mahal adalah part, body dan jenama part...dan semuanya import...

Gear: yang biasa dengar ada 2 brand; Shimano dan SRAM
Brake: V-type, hydraulic, disc type dan beberapa jenis lagi...brand Tektro kira ok la dan boleh la...
Crank shaft: Jenis bearing atau jenis hollow
Speed: 24, 27 atau 30...ada jugak yang lagi kurang
Body: Aluminium, Steel, Carbon, Alloy (juga adalah aluminium)...

Serba sedikit tentang basikal ni:


Jenama: POLYGON
Model: Cozmic CX 3.0 (tahun 2012)
Negara pembuat: Indonesia
Gear/Derailleur: Shimano Deore 30 speeds (belakang Shimano SLX)
Body: Alutech (Aluminium/Alloy)
Fork: Suntour lock out
Size: 16
Jenis 26er
Brake: Hydraulic Disc brand Tektro Draco
Tyre: KENDA
Seat/Saddle: SR Viper
Crank shaft: Shimano deore (jenis hollow)

 






Kalau buat comparison antara Polygon cozmic cx 3.0 dengan XDS zero 38 ni memang la menang si cozmic ni...

XDS ZERO 38, Ultra light frame aluminium, Shimano altus 24 speeds , Tectro Draco hydraulic disk brake front and rear. Suntour lock out fork...

Brake je sama jenis...gear, body frame, fork dan yang lain-lain semua Cozmic lagi bagus...dan harganya pon lagi parok...

Walaupun frame dikatakan ultra light atau super light kita sebenarnya boleh tahu kekuatan dan beratnya melalui series alloy body seperti 6061 alloy atau 6066...kadang-kadang alloy yang sama tapi pengeluar bubuh nama yang lain...contoh XDS zero 38 adalah 6061 manakala Polygon cozmic adalah 6066 tapi dia bagi nama Alutech...

Tapi kenapa saya beli Polygon berbanding XDS ni sebenarnya adalah sebab masa nak beli tu kebetulan ada warehouse sale...tapi hanya dapat kurang lebih kurang 25% dari harga di RodaLink...alang-alang dah beli baik beli yang elok siket daripada kendian hari nak modify banyak benda atau nak upgrade beli basikal lain...warehouse dia berada di Puchong...kilang Lerun...Lerun adalah mengimport basikal Polygon...dengar kata import basikal ni pon ada AP macam kereta jugak...betul atau tidak tak tahu la...kalau berminat, selalu-selalulah bukak web site Lerun...

7 comments: