Saturday, April 13, 2013

PRESTA VALVE ADAPTER

Kebanyakan tayar MTB menggunakan tiub tayar yang megguna presta valve. Setiap orang yang menggunanya wajib ada presta valve adapter. Murah je dan mampu milik. Hanya lebih kurang RM2 ke RM3 je..dan mungkin juga boleh dapat free kalau pandai sembang dengan tokei kedai.



Material adapter ni biasanya samada tembaga atau plastik. Kedua-duanya harga sama je. Tapi saya lagi suka plastik... Wajib bawak setiap kali kayuh jauh-jauh sebab kalau tayar pancit, nyaya je...kalau ada benda ni bolehlah guna pam siapa-siapa, atau kat stesen minyak ke...sekurang-kurangnya ada la angin sementara nak kayuh sampai kedai atau balik rumah sebelum tukar/tampal tiub.

Cara menggunakan presta valve adapter:

(1) Buka penutup valve dan longgarkan skru valve...(optional: longgarkan skru tiub, takut rim calar semasa pam)

 

(2) Pasang adapter seperti gambar di bawah.


(3) Selepas masukkan angin, pasang dan ketatkan skru semula.


No comments:

Post a Comment