Friday, April 12, 2013

MENGENAL GROUP SET MTB DERAILLEUR GEARS SHIMANO

Di malaysia, jenama Shimano sangat terkenal dengan sistem mekanikal atau gear samada untuk basikal, mesin gear joran atau yang lain-lain...selain shimano, jenama lain yang terkenal untuk gear basikal adalah SRAM...Jenama SRAM adalah jenama US dan lebih mahal...Shimano adalah buatan China atau Taiwan...biasanya keluaran Taiwan mahal sedikit...mungkin ada juga gear Shimano buatan Malaysia sebab mesin joran saya ada tengok buatan Malaysia.

Untuk ber'mountainbike'; Gear basikal untuk Shimano ni ada banyak jenis mengikut level dan tujuan penggunaan kita kerana ketahanan dan aspek mekanikal gear tu berbeza...


Jenama dan model gear ni boleh pakai macam rojak...tak semestinya semua set perlu sama...hanya perlu mengikut kesesuaian part dan keselesaan ketika menunggang basikal...

Recreational:
(1) Tourney (6, 7, 8 speed) Model paling cikai dalam keluarga Shimano, biasa pakai pada basikal budak-budak je...dan murah...
(2) Altus [M310] (8 speed)
(3) Acera [M360] (8 and 9 speed)
(4) Alivio [M410 and M430] (8 and 9 speed)

Untuk berekreasi, untuk ronda-ronda bersama keluarga di taman, tepi tasik, atau taman-taman area Putra Jaya / Shah Alam boleh la...kebiasaannya untuk perjalanan yang tidak mencabar dan jarak kurang 20km sesuai lah...Biasanya kalau basikal yang guna model Acera boleh dapat lebih kurang dalam RM1000 jenama XDS, Releigh, GTA dan lain-lain...Kalau basikal pakai model Alivio range harga dalam RM1500...kalau basikal dengan model Tourney atau Altus; bawah RM600 pon boleh dapat biasanya...Kalau nak lagi murah, cari la yang second hand...

Cross Country:
(1) Deore [M590] (9 speed) Entry level cross-country
(2) SLX [M660] (9 and 10 speed), replaced Deore LX
(3) Deore XT [M780] (10 speed)
(4) XTR [M980] (10 speed) Kalau dah bagus sangat boleh la pakai model ni...

Untuk tujuan cross country atau merentas desa atau boleh juga jamboree...standard distance 20-40km dan ke atas...jalan bukit-bukit dan mungkin tak rata, jalan kawasan ladang kelapa sawit, kebun getah; banyak kali nak tukar gear, jadi kelancaran semasa tukar gear tu sangat penting...basikal yang pakai gear ni biasanya berharga RM2000 dan ke atas...kadang-kadang boleh juga dapat kurang dari RM2k kalau ada promosi tapi jarang sangat...kalau beli by part dan pasang sendiri mungkin boleh dapat lagi murah...harga bergantung pada Jenama basikal...kalau nak Giant atau Merida kena tambah duit la jawabnya...kalau XDS atau Polygon yang menggunakan gear Deore (atau +SLX) boleh dapat harga RM2K++...kalau nak lagi murah 2nd hand cari kat mudah.my atau buybicycle.com; pandai nego dapatlah murah...kadang-kadang bila orang nak upgrade level gear ni diorang jual murah-murah je...tapi gear je lah dorang letgo...yang tadi cerita ribu-ribu tu complete sebijik basikal...

Trekking:
(1) Deore
(2) Deore LX <-- yang ni rasanya dah diganti dengan model SLX...power sikit
(3) Deore XT

Kalau berminat bermain trek MTB boleh guna gear ni...rasanya sama je dengan cross country...kat area Putra Jaya ada banyak trek MTB yang di disign memang khas untuk MTB...kalau tak silap trek kat situ ada yang di reka oleh orang Eropah...

Downhill/Freeride:
(1) Hone [M600] (9 speed) – discontinued in 2008
(2) Zee [M640] (10 speed)
(3) Saint [M820] (10 speed) – Top of the range for downhill and freeride

Gear set ni sesuai untuk yang hard core atau MTB tegar...bagi saya sukan MTB downhill/freeride ni sangat lasak...kalau jatuh basikal boleh patah tengkuk...kalau nak main downhill ni banyak belanja kena keluar untuk modify basikal...dah macam buat hantaran untuk kawin...

Kalau nak tahu gear tu jenis dan model apa, boleh tengok pada gear tu.

Contoh koleksi gambar gear MTB Shimano:


 

 

 

 

 

 

 

 

 


9 comments:

  1. Salam tuan.. sy nak bertanya mengenai spoket pd pengayuh tu.sy tgok ada yg 3 dan ada pulak yg 2. Org kata klu ada 3 lagi laju. Sy baru ambik MTB XDS.. ada 2 je spoket kecik tu. Gear blkg 10. Jdnya 20 speed. Tapi kenapa harga basikal sy tu lbih mahal dr hrga basikal MTB yg ada speed 24 atau 27? Dan adakah basikal sy lbih perlahan nanti

    ReplyDelete
  2. As salam nk tnya gear bg mtb mana yg lbh elok 1x13 atau 3x10?

    ReplyDelete
  3. Lihat jenis gear jg tu.. skrg ni lg ramai yg suka 1x13

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum tuan...
    Saya ingin bertanya...
    RD beskal saya dah bengkok.. sebab kemalangan.... jenamanya micro shif 7 speed....boleh ke saya menggunakan jenama lain sebagai ganti...@contoh Shimano...
    RD Shimano yang mana yang baik untuk MTB saya tu tuan..
    Harap bantuan tuan

    ReplyDelete
  5. Sya nak tnya. Gomax 910 bole rukar gear set blkang. Klau bole tukar saya kena guna gear jnis y mcm mna?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Check balik berapa gear dan beli group set yg bersesuaian dgn basikal tn.

      Delete
  6. baikkah klo basikal guna

    gearset Sensah
    @
    gearset LTwoo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je tuan.. asalkan sesuai dgn basikal tuan.. yg penting murah dan berkualiti..

      Delete