Friday, April 12, 2013

BASIKAL HYBRID

Antara satu sebab saya suka MTB ni adalah boleh menjadi basikal hybrid...



Apa itu basikal hybrid? Dan kenapa nak basikal hybrid?

Hybrid tu sendiri bermaksud 2 in 1, atau lebih dari 2 in 1...

Basikal MTB boleh jadi hybrid dengan hanya menukar tayarnya kepada tayar road bike dengan saiz yang bersesuaian...harga tayar hybrid ni biasanya dalam lingkungan RM90 bergantung pada jenama dan jenis...yang saya survey ni jenama Maxxis saiz 2.1 (standard size tayar MTB)

Kelemahan MTB hybrid berbanding Road-bike adalah basikal MTB lebih berat; kebiasaannya MTB antara 14-18kg manakala roadbike ni dalam lingkungan 6kg je...jadi kalau konvoy dengan road-bike ni memang penat sikit...dan kadang kala penat banyak...sebab nak kayuh sama laju dengan dorang...

Adalah tidak menjadi kesalahan pon kalau pakai tayar off road di jalan raya biasa...tapi feel dan keselesaan jadi lain dan kadang kala rasa macam berat kalau guna tayar MTB...dan bunyi gema pada tayar wooommm...

Tetapi kelebihan yang nyata adalah boleh memanjat bukit bagi jalan yang tak rata...

Semuanya ikut kemampuan, kalau duit tu ada boleh pakai 2, 3 bijik basikal...pakai ikut situasi...kadang kala bosan jugak asyik main road-bike je then boleh tukar MTB...

1 comment:

  1. Untuk menjadi hybrid hanya perlu tukar tayar sahaja?
    Tayar jenis apa ya?

    ReplyDelete